Buruk Sangat Ke Wajah Kau Kalau Tak Make Up?

Buruk Sangat Ke Wajah Kau Kalau Tak Make Up?

AKU cukup pelik dengan satu benda. ; Kenapa perempuan perlu make-up berbagai-bagai sampai rupa diorang dah jadi lain dari pada wajah asal dia? Adakah sebab dia rasa ;

1. Tak lawa jadi dia gunakan make-up untuk tutup apa yang dia rasa ketidaklawaan dia?

2. Rasa wajah dia ada imperfection, jadi dia guna make up untuk menutup jerawat contohnya?

3. Terpengaruh dengan artis-artis jadi dia make-up sebab dia nak rupa ala-ala selebriti?

4. Memang sengaja nak tukar-tukar wajah?

5. Memang rasa lemah dan rendah diri kerana wajah dia sedemikian. Jadi dia gunakan make-up untuk naikkan semangat dan motivasi diri dia?

Entah, aku tak tau kenapa. Tapi kalau kau fikirkan, kenapa lelaki takde make-up pulak. Adakah lelaki tidak peduli pasal wajah diorang?

Aku rasa, perempuan yang bergantung kepada make-up, untuk buat diri dia rasa cantik, adalah orang-orang yang tak bersyukur dan tidak suka dengan apa yang dia ada.

“CILAKA PUNYA MANTOT! “

Sabar! Sabar!

Kau harus sedar, aku tulis bukan untuk kutuk kau. Aku nak kau sedar yang kalau kau rasa diri kau tak cantik dan kau rasa low sebab itu… kau sebenarnya tak sayang dengan pemberian Tuhan. Ciptaan manusia yang paling sempurna adalah manusia.

Ciptaan manusia yang sempurna dan cantik?

Perempuan.

Hawa dijadikan supaya Adam suka dan tertarik dengan Hawa. Hawa pakai Revlon ke? Hawa ada pakai Beauty Umaira ke? Mana ada! Naturally, perempuan takyah make-up pun lelaki dah suka! Adakah kau lahir-lahir je ada make-up kat wajah kau? Mana ada. Takde pun dalam Quran kata “Make-up lah, kerana make-up itu perlu untuk menaikkan seri wajah mu wanita dan Allah suka akan wanita yang mengenakan bahan kimia di wajahnya.”

Itu semua marketing aje.

Kau make-up sebab culture suruh kau make-up.

Kenapa kau perlu make-up bermacam-macam? Cuba terangkan dekat aku apa yang kau tak suka sangat dengan wajah kau sampai kau make-up untuk tutup wajah natural kau? Sama jugak macam orang yang nak kahwin. Make-up punya la tebal sampai muka dah nampak macam orang lain, habis semua orang puji kau “hui… cantik la kau hari ni Zah. Nampak macam orang bunian!”

Melambung-lambunglah jiwa kau hari tu sebab semua orang puji kau lawa.

Tapi mana pegi semua orang tukang puji tu bila wajah kau tak make-up? Yang pelik, kenapa sehari tu je diorang puji kau? Hari lain kau tak lawa ke? Tak ke sedih kalau kau fikirkan.

Buruk benar ke wajah natural yang Allah kasi kat kau?

Make-up hanyalah temporary. Psikologinya diorang buat kau nak pakai make-up sebab diorang nak kau rasa lawa. Tapi kalau fikir-fikir, sebenarnya diorang buat kau pakai make-up sebab diorang nak kau beli makeup. Kau bukannya jadi lagi cantik lepas make-up pun tapi sebab masyarakat dunia sekarang ni “kalau make-up baru cantik” jadi ramailah yang terikut-ikut.

Aku selalu samakan make-up dengan topeng.

Aku prefer orang perempuan tak make-up. Aku suka wajah natural. Kalau kau dijadikan antara jodoh-jodoh aku pun, aku prefer kau tunjuk kat aku wajah sebenar kau. Bukannya wajah yang kena ada Maybelline atau Simplysiti baru nampak berseri.

Gejala suami berat balik rumah sendiri, sebab rasa isteri orang lain lagi lawa sangat berleluasa di negara kita. Mengikut kajian, 70% suami lebih suka tengok bini orang berbanding bini sendiri. Tapi nak buat macam mana, dah semua perempuan gemar sangat bermake-up lawa-lawa bila keluar. (fakta ini datang dari seorang Ustaz kat TV)

Kau sendiri tau apa fitrah manusia, laki suka perempuan hot, perempuan suka kelihatan hot (agaknya). Tapi, kenapa seolah-olah wujud kontradiksi dalam fitrah dan ajaran dalam Islam? Maksud aku; fitrah manusia, lelaki suka tengok benda cantik dan perempuan suka jadi cantik, kan? Tapi… kenapa lelaki tak boleh tengok perempuan cantik yang bukan mahram dan kenapa isteri tak boleh berhias untuk orang lain?

Apa sebab camtu?

Aku rasalah, Allah berharap DIA jadikan manusia camtu supaya lelaki suka tengok isteri sendiri dan perempuan suka berhias untuk suami. Itu rahsia fitrah kita. Tapi orang kita sekarang kita langgar ajaran, suami suka tengok bini orang, isteri hanya berhias bila keluar rumah. Tengok bini orang… “Humm… MILF…” sambil air liur meleleh.

Jadi, kepada lelaki, galakkan isteri kau tak make-up. Dah la save duit.

Lagipun, aku selalu wondering adakah wajah perempuan cepat tua berbanding lelaki sebab terlalu banyak chemical yang diletak kat muka masa muda?

Kalau nak make-up jugak, make-up dalam rumah. Keluar rumah, takyah make-up. Pakai bedak sikit-sikit dah. Kalau isteri nak make-up jugak, kau cakap dengan dia, “kalau awak make-up membuatkan ada lelaki lain tengok awak, saya rasa tidak fairlah kalau saya tidak sama menikmati pemandangan isteri orang lain.”

Kalau kau adalah wanita yang memerlukan make-up untuk rasa diri anda cantik, stop. Anda tidak perlu. Itu semua adalah kesan daripada marketing dan tekanan masyarakat kepada wanita yang beratus2 tahun dah diajar, untuk wanita jadi cantik, mereka perlu bersolek. Aku pelik, punya la banyak gerakan mempertahankan wanita ni, tapi tak ada pun yang aku tau ajak wanita supaya be all natural.

Untuk siapa sebenarnya? Untuk wanita itu sendiri? Atau untuk kepentingan syarikat peralatan makeup?

Kalau kau percaya agama kita sempurna dan kau adalah makhluk ciptaan yang sempurna, lose the make-up. Cari suami yang sayang kau bila kau tidak make-up. Cari suami yang kau rasa berbaloi untuk kau jaga diri cantik untuk dia.

Kemudian ingatkan diri anda, lelaki juga ada tekanan yang sama setiap hari, seperti apa yang anda hadapi. Kami dipressure untuk accept yang zakar yang lebih besar adalah zakar yang dimahukan perempuan. Siapa zakar kecik, tak power. Berapa banyak iklan make-up dalam TV? Sangat banyak. Berapa banyak iklan besarkan zakar kau boleh nampak dalam TV? Tak ada. Tapi dalam majalah banyak. Cuba kalau ubat dan alat besarkan zakar boleh keluar dalam TV, kau bayangkan la betapa tertekannya lelaki-lelaki ni.

Aku rasa iklannya lebih kurang camni kalau aku produser iklan tu. Kau bayangkan Fahrin Ahmad dengan model pempuan, tengah peluk dia, kononnya bini dia…

“Selepas menggunakan Abang Power dan mengalami kenaikan sebanyak 3 inci panjang dan 2 inci lebar, isteri saya sentiasa melekat dengan saya. Sehinggakan hendak ke pejabat pun susah! Gunakanlah Abang Power!” kata Fahrin Ahmad sambal “isterinya” menjilat bibir.

Marketing paling mudah dalam dunia.
Buat orang rasa tak puas dengan apa yang dia dah ada.

Sasaran mudah, wanita.


Tulisan Mantot ini ada di dalam Kitab Bapa Kedekut.

2