Kenapa Penjawat Awam Perlu Gusar Mahu Sokong Bukan Barisan Nasional?

Kenapa Penjawat Awam Perlu Gusar Mahu Sokong Bukan Barisan Nasional?

SALAH satu benda yang paling kita kena ubah, selain daripada Barisan Nasional, ialah mengubah mentaliti penjawat awam yang selama ini cukup takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan dia ingat, dek kerna dia kerja gomen, dia kena sokong BN.

Kalaulah itu mentaliti cara kau berfikir, itu bermaksud sistem demokrasi kita sendiri ramai orang tak faham. Penjawat awam perlu bangun dan sedar yang parti politik tidak ada kuasa ke atas suara undi mereka dan yang paling penting, tidak boleh wujud sebarang tekanan ke atas penjawat awam supaya mereka memilih mengekalkan kerajaan sedia ada.

Dari zaman tahun 80an sampai sekarang aku dengar pasal pekerja sektor awam kena transfer ke kawasan lain. Masa PRU14 hari tu, askar yang buat report polis pasal ink dekat jari dia mudah gila tanggal, kena tukar ke kawasan lain.

Sampai bila penjawat awam nak dijadikan catur dan contoh pengajaran kepada orang-orang lain? Hebat sangatkah politician-politician itu sampai boleh suka-suka hati tunggang terbalikkan hidup orang lain hanya semata-mata korang tak setuju dengan dia?

Sampai bila penjawat awam perlu hidup takut-takut? Nak mengundi pun takut, ”Kalau aku pangkah PAS, nanti aku kena transfer. Susahlah, sebab anak-anak aku semua dah elok sekolah dekat sini.”

Tidakkah korang semua sedar, itu yang diorang harapkan. Kalau korang takut nak memangkah pembangkang, korang akan pangkah BN walaupun korang tak nak. Jadi yang akan menang sampai bila-bila adalah BN, BN dan BN. Taktik nak menakutkan ini samalah macam kau nampak budak tengah kena buli, tapi ada yang jaga dekat tepi, warning kau jangan masuk campur.

Sampai bila nak biarkan the big bully terus membuli?

Pada aku, dah sampai masanya kita buang rasa takut itu. Pangkah ikut apa yang kau nak.

Ada nombor siri? Takut nanti diorang boleh trace kau pangkah mana? Takut nanti habis semua family kena transfer? Itu yang diorang nak korang rasa. Gunakan ketakutan untuk peroleh undi. Buli penjawat awam supaya pilih diorang. Takkanlah sebab ada nombor siri kau takut nak suarakan pendapat kau?

Jadi ayuh, tumbangkan Barisan Nasional penjawat awam semua! Lagipun, aku bukannya dibayar apa-apa pun untuk benda ni. Apa untungnya aku kalau BN jatuh? Aku rasa kalau BN jatuh, benefit lebih banyak pada penjawat awam sendiri. Kalau kita tak suka cara diorang, kena beramai-ramailah berani ubah. Kalau diorang jatuh, apa lagi kuasa diorang ada nak transfer kau? Kau tak akan berubah kalau kau sendiri takut nak berubah. Kalau satu deparment kau pangkah PR, mampu ke diorang transfer semua sekali?

Ingatkan diri korang, politician needs your vote more than you actually needed them.

Kalau lepas ni PR buat balik perangai yang sama, kita ubah dan ubah dan ubah dan ubah, sampai negara kita lebih ramai pemimpin berbanding politician.


Tulisan Mantot ini ada di dalam Cursing Malay.

1