Kisah Pendek Tentang Penceraian

Kisah Pendek Tentang Penceraian

SHARJAT mengambil masa berminggu-minggu memikirkan cara paling lembut untuk menceraikan isterinya. Dia rancang apa yang mahu disebut setelah melafaz cerai, bagaimana mahu meredakan kesedihan isterinya.

Perceraian bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, perkahwinan yang dibina bertahun-tahun tidak boleh dicantas begitu sahaja. Bagi Sharjat, kebajikan bekas isteri dan anak-anak kelak amat penting, hak penjagaan perlu dipersetujui bersama. Proses undang-undang penceraian adalah sesuatu yang rumit dan penting.

Akhirnya, setelah tiba masa yang sesuai, apabila anak-anak mereka telah nyenyak tidur di bilik masing-masing, dengan dada berdebar, dan telapak tangan berpeluh, Sharjat pun mendekati isterinya yang sedang duduk menonton televisyen di sofa ruang tamu rumah mereka, lalu melafazkan cerai dengan suara yang tenang. Isteri Sharjat mengangkat kepalanya, berfikir sebentar, lalu berkata: “K.”


Tulisan Saharil Hasrin Sanin ini ada di dalam Cerpen-Cerpen Underground