Langsuir

Langsuir

SEJENIS vampir betina yang menghisap darah. Darah manusia betul, bukannya menghisap darah sepertimana digambarkan dalam perumpamaan lazim. Langsuir ialah satu variasi dari Pontianak, yang dalam bentuk manusianya telah mati ketika melahirkan anak. Seperti Pontianak juga, ada lubang di belakang leher Langsuir. Jika sebatang paku diketuk ke dalam lubang ini, hantu ini tidak akan dapat terbang dan akan bertukar menjadi seorang wanita biasa. Jenis yang agak baik akan juga berkahwin dan mempunyai anak-anak. Namun tidak seperti Pontianak, Langsuir dikatakan sangat hodoh, dengan mata kemerahan, kuku yang tajam, rambut yang panjang, dan taring yang panjang. Satu lagi variasi Langsuir, oleh Walter William Skeat dalam Malay Magic, digambarkannya sebagai mengambil bentuk seekor burung hantu (mungkin sebab ini burung hantu mendapat namanya) dengan kuku yang panjang dan duduk lalu berbunyi di atas bumbung atau pokok. Dalam bentuk manusianya pula, Skeats memberikan gambaran:

‘Dia boleh dikenalpasti melalui jubahnya yang berwarna hijau, melalui kuku-kukunya yang panjang menjela (satu tanda kecantikan), dan melalui genggaman rambut panjang hitam berkilatnya yang dibiarkan jatuh hingga ke buku lali. Namun! (kebenaran harus diberitahu) Dia berbuat begitu hanya untuk menutupi lubang di belakang lehernya yang dia gunakan untuk menghisap darah kanah-kanak! Kegemarannya menghisap darah ini, walaubagaimanapun, boleh ditentang jika cara-cara yang betul digunakan, jika kamu mampu menangkapnya, potongkan kuku-kuku dan rambutnya yang panjang itu, dan sumbatkan dalam lubang di belakang lehernya, dia akan menjadi jinak dan tidak dapat dibezakan daripada seorang wanita biasa, dan kekal begitu selama bertahun-tahun.’

Untuk mengelakkan wanita-wanita yang mati ketika melahirkan anak bertukar menjadi Langsuir, cerita-cerita rakyat mencadangkan dengan segera selepas wanita itu mati, manik-manik kaca diletakkan di dalam mulut mayat, telur ayam diletakkan di bawah setiap ketiak, dan jarum-jarum dicucuk ke setiap tapak tangan. Oleh sebab variasi cerita ini mengatakan yang Langsuir menjerit dan berterbangan dengan cara melambaikan tangannya serta membuka dan menutup telapak tangannya, biji-biji kaca, telur-telur dan jarum-jarum itu dikatakan dapat menghalangnya dari menjerit-jerit atau menggerakkan tangannya.

Pada tahun 2001, seorang bomoh bernama Khairul Salehudin dilaporkan mendakwa dia telah berjaya menangkap seekor Langsuir di Sabak Bernam. Dia berkata ia terbang jauh dari Melaka sebelum diperdaya selama 15 hingga 30 minit bertarung kepintaran sehinggalah Langsuir itu berjaya diperangkap masuk ke dalam sebiji botol kaca yang mengandungi petikan ayat Al-Quran di dalamnya. Khairul mendakwa yang itu Langsuir ketujuh yang berjaya dia perdayakan. Sebelum sesiapa dapat memastikan dakwaannya itu betul, Khairul telah mencampakkan botol itu ke dalam Selat Melaka.


Tulisan Danny Lim ini ada di dalam Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia.

1