Aku Seekor Anjing

NAMA aku Brendan Rod. Umur aku lima tahun setengah. Aku seekor anjing berkaki empat yang sihat dan tinggi dari baka Broholmer. Baka ini berasal dari Denmark dan memang khas untuk kerja-kerja mengawal. Aku tinggal di sebuah kawasan perumahan mewah di Bukit Damansara. Tuan aku, seorang lelaki India berumur lewat 50-an bernama Christopher James Mariappan. Beliau sangat baik orangnya. Isterinya bernama Mary. Juga berumur lewat 50-an, berambut keriting panjang hingga paras pinggang dan berkacamata. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suzy yang kini berlajar di kolej dan dua anak lelaki yang masih bersekolah bernama John dan Johnny. Continue reading “Aku Seekor Anjing”