Parti Politik Mana Yang Mampu Membuatkan Kau Malu Nak Beromen Dalam Kereta Dengan Girlfriend?

Parti Politik Mana Yang Mampu Membuatkan Kau Malu Nak Beromen Dalam Kereta Dengan Girlfriend?

DAH berapa tahun aku berfikir pasal satu benda ni.

Selalunya, aku memang ambil masa lama nak decide satu-satu benda. Kahwin? 8 tahun. Nak beli grafik kad? 3 tahun. Nak beli rumah? 5 tahun. Nak kahwin lagi seorang? Dari 2008 sampai sekarang dan esok-esok. Nak beli makanan dekat mana? 2 jam. Nak tambah anak lagi seorang? 5 saat.

Aku berminat nak join parti politik. Cuma terlalu banyak pros and cons masing-masing.

1. PAS
Aku rasa orang-orang macam aku tak berapa digemari orang-orang dalam PAS. Lagi satu, aku tak berapa gemar arah tuju PAS sekarang ni yang nampak desperate benar sapu je artis mana-mana yang “berhijrah” jadikan ikon dan calon pilihanraya.

2. PKR
Ada sesuatu yang tak kena mengenai PKR yang aku tak tahu nak explain macam mana. Entah kenapa bila aku join ceramah diorang dan ending dia nyanyi lagu PKR, aku rasa; kelakar. Perasaan aku masa tu, apa poyonya diorang ni ajak orang ramai nyanyi lagu diorang?

3. DAP
Legasi DAP, agak merisaukan aku sebab orang dalam DAP nampak seperti parti untuk orang Cina, sesuatu yang masih lagi menakutkan orang Melayu macam aku.

4. PERKASA
PERKASA bukan parti politik tapi ahli-ahli PERKASA ni aku suka tengok. Sepesen je diorang. Badan besar, chubby, suka pakai songkok tinggi. Perjuangan diorang? Ntah. Aku tak ambil peduli sangat.

5. UMNO
Asas perjuangan UMNO dulu kala sangat baik. Tetapi pada zaman sekarang, UMNO adalah alat buat duit. Siapa mahu kaya, dia perlu join UMNO. Orang-orang UMNO di sekeliling aku, adalah orang-orang Melayu yang mahu hidup senang dengan effort yang kurang. Apa yang bagus mengenai orang-orang UMNO yang aku jumpa adalah, mereka ni saling tolong menolong, bantu membantu. Kenduri kendara ramai yang membantu. Asalkan, kau bukan orang yang lawan UMNO.

Tapi aku tak suka mentaliti orang UMNO. Ketua Pemuda UMNO kampung isteri aku, kita sambut Maulidur Rasul, dia jemput orang kampung ramai-ramai berkaraoke. Karaoke, adalah budaya UMNO. Bini berkaraoke, dia galakkan. Sampai jam satu pagi, tiap-tiap kali ada event karaoke.

Hari Ahad hari tu, tengah kenduri, aku dan keluarga aku duduk sebelah sekumpulan orang UMNO. Aku tengah pegang anak aku, dia boleh hisap rokok macam tak nampak apa. Anak dekat sebelah dia pun selamba dia hembus asap rokok.

Nak pegang Jawatankuasa Masjid, dia mahu. Tapi suruh jadi Imam, tak mahu. Bendahari, Setiausaha, batang hidung ada kat masjid hanya bila Wakil Rakyat datang melawat. Itu mentaliti orang UMNO yang aku jumpa. Mentaliti kampung yang masih stuck. Terperap. Tapi merasa diri mereka besar sebab mereka ada kenalan menteri, kenalan Pengarah Jabatan, mereka ada kabel untuk luluskan permohonan orang kampung.

Itu adalah benda aku paling benci mengenai cara UMNO mentadbir; sistem kabel. Melahirkan orang-orang yang tak sepatutnya deserved something get something. Orang-orang biasa macam aku pun terpaksa guna kabel untuk dapatkan approval karenah birokrasi.

Banyak pula aku kutuk UMNO, tapi nak buat macam mana. Ini Malaysia. Lagipun kita memang dah akhir zaman. Memerintah dengan menggunakan rasuah adalah satu keperluan.

Habis tu, parti mana? Sebagai seorang lelaki yang suka merepek mengenai politik, aku suka kebebasan. Tak tersekat dengan ideologi politik sesebuah parti. Tapi aku rasa dah sampai masanya aku jadi ahli parti politik secara rasmi.

Jadi, baca balik tajuk artikel aku. Jangan tipu diri sendiri, kenapa first thing yang terlintas dalam fikiran kau bila menjawab soalan di atas, jawapannya bukan UMNO?

Kau tanya soalan tu dekat orang UMNO pun, first thing dia fikir pun pasti bukan UMNO. Tapi dia still kekal ahli UMNO.

Apa relevannya UMNO dengan kehidupan aku, kalau satu-satunya benda yang UMNO ingatkan aku,

adalah bangsa aku?


Parti Politik Mana Yang Mampu Membuatkan Kau Malu Nak Beromen Dalam Kereta Dengan Girlfriend? tulisan Irmanyadi Idris a.k.a Mantot dalam Cursing Malay

Dapatkan Cursing Malay di: https://dubookpress.com/produk/cursing-malay/

1