Perang

KETIKA aku bersekolah rendah, pernah cikgu aku memberi satu tugasan yang sangat sukar pada aku. Tugasan yang hanya diberi pada aku itu sangat-sangat aku titik beratkan kerana aku tidak pernah menghampakan cikgu tersebut dan langsung tidak terlintas untuk jadikan itu kali pertama.

Tugasan aku adalah mencari maksud perang.

Bagi kanak-kanak seperti aku, kamus adalah satu buku yang sangat pelik dan susah digunakan. Macam mana nak cari satu perkataan daripada buku yang setebal televisyen itu? Memang aku tak pandai tetapi aku mencuba juga. Sampai ke mukasurat 13 aku berputus asa. Susah benar tugasan yang diberikan kali ini, aku mendapat satu idea. Itulah kali pertama aku meminta tunjuk ajar ayahku.

“Ayah! Tadi kat sekolah cikgu ada bagi satu kerja.’’

“Kerja apa tu? Nak ayah tolong?”

Mesti lah, kalau tak tak ada lah aku nak beritahu. Aduuuh…

“Cikgu suruh cari maksud “perang.” Ayah tahu tak?’’

“Oh! Senang je tu.”

Ayahku memulakan monolog.

“Perang” adalah satu kejadian yang sangat menakutkan. Perang bermaksud sebuah aksi fizik dan non fizik antara dua kelompok atau lebih untuk melakukan dominasi di wilayah yang dipertentangkan.

Perang secara purba bermakna pertikaian bersenjata. Di era moden, perang lebih mengarah pada superioritas teknologi dan industri. Hal ini tercermin dari doktrin angkatan perangnya seperti, “Barang siapa menakusai ketinggian maka menakusai dunia.” Hal ini menunjukkan bahwa penakusaan atas ketinggian harus dicapai oleh teknologi. Namun kata “Perang” tidak lagi berperang sebagai kata kerja, namun sudah bergeser pada kata sifat.

Secara umum “Perang” bererti “pertentangan”. Perang merupakan turunan sifat dasar manusia yang tetap sampai sekarang memelihara dominasi dan persaingan sebagai sarana memperkuat eksistensi diri, dengan melibatkan diri sendiri dan orang lain, baik secara kelompok atau bukan.

Perang dapat mengakibatkan kesedihan dan kemiskinan yang berkepanjangan. Sebagai contoh perang dunia yang mengakibatkan hilangnya nyawa beratus ratus orang di Jepun dan tentu saja hal ini mengakibatkan kesedihan mendalam dalam diri masyarakat Jepun.

“Faham ke tak ni?”

“Err.. Faham…Kot.”

Susah benar tugasan kali ini. Nasib aku baik kerana ayahku dapat membantuku.

Ayah bertanya lagi.

“Cikgu ajar apa lagi hari ini?”

“Tak banyak sangat. Kitorang belajar mengenal warna je.”

P/s : Perang laa bukan perang…


Perang dari Burgermpak oleh Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Bias.

Dapatkan Burgermpak di: https://dubookpress.com/produk/burgermpak/

1