Sokongan Moral, Konon!

Sokongan Moral, Konon!

KALAU kawan kau minta pendapat pasal masalah hubungan friendship, kapel, tunang apatah lagi hal rumahtangga, dalam erti kata lain dia komplen pasal kawan, makwe atau pakwe, tunang, laki atau bini kat kau untuk dapatkan sokongan, sebolehnya kau elakkan jangan komen atau bagi nasihat apa-apa.

Kau rasa dia perlukan sokongan moral kau untuk iyakan apa dia cakap dan sokong like “Ishh betul la tak patut dia buat kau macam tu bla bla bla..?”

Lepas tu kau rasa kau best sebab dia cari kau tak cari orang lain nak minta support dan advise?

Jangan tertipu dengan emosi kesian kau tu.

Percaya cakap aku;

Nanti tak lama bila depa ni berbaik, kau tengok depa elok seronok gelak ketawa, kau akan rasa diri kau sebenarnya faktap dan dipergunakan.

Lagi teruk kau rasa bersalah sebab sokong dia punya kutuk komplen, kemudian depa pandang kau, kau boleh dengar dia cakap dalam hati;

“Dia ni la yang kutuk awak masa kita gaduh hari tu.”


Tulisan Fdaus Ahmad ini ada di dalam Proletar Dua Menara.